Kerjaya kelab César_Azpilicueta

Osasuna

Azpilicueta telah dilahirkan di Pamplona, Navarre. Beliau telah membuat debut di La Liga pada 8 April 2007 dalam perlawanan tewas 0-2 kepada a 0–2 Real Madrid.[4] Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemain tengah.[5]

Dalam musim 2007–08, Azpilicueta terpaksa menukar posisinya sebagai bek apabila skuad utama cedera. Beliau tidak berubah posisi itu dalam musim berikutnya.

Marseille

Azpilicueta bermain untuk Marseille dalam musim 2010–11.

Pada 21 Jun 2010, kelab Perancis, Olympique de Marseille bersetuju untuk membeli Azpilicueta dari Osasuna dengan kontrak selama empat tahun bersama bayaran sebanyak 7 juta.[6][7] Dalam debut Azpilicueta di Liga Juara-Juara UEFA, beliau menjaringkan gol sendiri ketika menentang FC Spartak Moscow, Marseille tewas 0-1.[8]

Pada 27 November 2010, dalam perlawanan menentang Montpellier HSC, Azpilicueta telah mengalami kecederaan pada lutut kiri. Marseille menang 4-0 kemudian Marseille melonjak ke tangga ke atas liga.[9] Beliau terpaksa berehat selama enam bulan.

Pada Ogos 2012, terdapat spekulasi menyatakan Azpilicueta akan berpindah, termasuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, Marseille bersetuju jika beliau pindah dengan berkata, "Jika Chelsea betul-betul bida Aspi (Azpilicueta), kita akan lepaskan dia."[10]

Chelsea

Azpilicueta bermain untuk Chelsea pada musim 2013–14.Azpilicueta ketika menentang Roma pada 2013.

Pada 24 Ogos 2012, Chelsea melengkapkan perpindahan Azpilicueta dengan bayaran tertutup, dilaporkan kira-kira £7 juta.[11][12] Rakan sepasukan dan senegara, Juan Mata menyatakan, "Beliau merupakan pemain yang kuat berlari di bek kanan, saya percaya beliau merupakan pemain yang sempurna."[13]

Musim 2012-13

Azpilicueta membuat debutnya bersama Chelsea pada 25 September 2012 dalam perlawanan kemenangan besar 6-0 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam Piala Liga Inggeris.[14] Beliau bermain dalam Liga Perdana Inggeris seminggu kemudian sebagai pemain gantian menggantikan Branislav Ivanović dalam perlawanan 4-1 ke atas Norwich City.

Pada 3 November 2012, Azpilicueta membuat penampilan penuh dalam perlawanan liga menentang Swansea City, seri 1–1.[15] Beliau bermain sebanyak 48 perlawanan dalam musim pertamanya di bawah pengurus Rafael Benítez termasuk kejayaan The Blues di Liga Eropah UEFA dalam perlawanan akhir menentang kelab Portugal, S.L. Benfica, The Blues menang 2-1 di Amsterdam.[16]

Musim 2013-2014

Azpilicueta menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea pada 29 Oktober 2013 ketika menentang Arsenal dalam pusingan keempat Piala Liga Inggeris.[17] Berikutan pengurus baru yang menggantikan Benitez José Mourinho, beliau mula bermain di posisi bek kiri untuk menggantikan tempat pemain Ashley Cole selepas Cole berpindah ke Roma.[18][19] Mourinho berkata kepada beliau: "Azpilicueta merupakan pemain yang berkebolehan. Saya rasa pasukan 11 Azpilicuetas memenangi Liga Eropah kerana permainan bola sepak bukannya datang dari bakat semula jadi"..[20]

Musim 2014-15

Sebelum musim 2014-15, Ashley Cole telah keluar dari Chelsea dan kelab tersebut membida sebanyak £15.8 juta kepada Filipe Luís untuk menggantikan Cole tetapi Azpilicueta pilihan pertama Chelsea di bek kiri.[21] Pada 2 September 2014, Azpilicueta menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Chelsea. Beliau mungkin kekal bersama Chelsea sehingga 2019.[22] Beliau telah dibuang padang pada 18 Oktober 2014 dalam separuh masa pertama dalam perlawanan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace, beliau membuat kesalahan ke atas Mile Jedinak.[23]

Rujukan

WikiPedia: César_Azpilicueta http://www.bbc.com/sport/0/football/25285043 http://www.bbc.com/sport/0/football/25285155 http://www.bdfutbol.com/en/t/t2006-0727.html http://www.bdfutbol.com/en/t/t2008-0927.html http://www.chelseafc.com/news-article/article/2898... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2899... http://www.chelseafc.com/news-article/article/3061... http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2014/09/... http://www.chelseafc.com/teams/first-team/cesar-az... http://espnfc.com/us/en/report/345755/report.html?...